SauDAra SauDAR!

SauDAra SauDAR!

HaVe A nICE dAY...

HaVe A nICE dAY...

Isnin, 17 Ogos 2009

Tanggungjawab Sebagai Pengguna Rasional

SITUASI:


"Mary membayar wang pendahuluan sebanyak RM3000 untuk memesan sebuah kereta. Selepas satu minggu, jurujual memberitahu Mary bahawa model kereta yang dipesan telah kehabisan stok dan stok baru pula lebih mahal kerana ada penambahan aksesori. Mary tidak mahu membeli stok baru dan menuntut balik wang pendahuluannya. Jurujual menolak tuntutan Mary dan meminta Mary mencari pembeli ganti untuk kereta baru itu."


Berikan pendapat anda tentang tindakan jurujual itu. Cadangkan bagaimana Mary dapat menuntut haknya sebagai seorang pengguna. Persembahkan pendapat dan cadangan anda kepada kelas.


JAWAPAN:


Pada pendapat kami, tindakan jurujual itu telah melampaui batas dan mementingkan keuntungan untuk syarikatnya sahaja. Jurujual itu tidak memikirkan kesan ke atas pelanggan syarikatnya dan pada masa yang sama menyebabkan syarikatnya mendapat tanggapan negatif daripada pelanggannya.


Mary sebagai seorang pengguna dapat menuntut haknya dengan melaporkan hal itu kepada Pengurus Syarikat tersebut. Sekiranya tidak mendapat layanan, Mary boleh mendapatkan bantuan daripada Persatuan Pengguna. Selain itu, Mary boleh bekerjasama dengan pihak Persatuan Pengguna untuk mengeluarkan notis kepada syarikat tersebut agar nasib pengguna lain akan lebih terjamin.


Sebagai pengguna yang rasional, kita seharusnya:


  • membeli berdasarkan keperluan

  • mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai pengguna

  • membeli barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan