SauDAra SauDAR!

SauDAra SauDAR!

HaVe A nICE dAY...

HaVe A nICE dAY...

Isnin, 26 Oktober 2009

Kesan Negatif Pergaulan Bebas dan Cara Untuk Mengatasinya.

Pergaulan bebas dalam kalangan remaja semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. Isu ini sering menghiasi dada-dada akhbar. Fenomena yang sudah lama bersarang dalam kehidupan masyarakat ini dapat memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh dan membimbing generasi pada hari ini. Seandainya langkah-langkah yang efektif tidak diambil, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian Malaysia dalam mencapai wawasan 2020.

Kesan Negatif.

~Remaja terdedah kepada penyalahgunaan dadah.

Cara Mengatasi :
  • Ibu bapa hendaklah memantau pergerakan anak-anak dan memberi pengetahuan kepada anak-anak tentang bahayanya dadah.

~Remaja akan terlibat dalam gejala vandalisma.

Cara Mengatasi :

  • Ibu bapa dan para guru disarankan agar memberi pendedahan kepada remaja mengenai impak melakukan perbuatan vandalisma.
  • Para remaja mestilah memilih rakan-rakan yang baik dan berakhlak mulia agar tidak relibat dalam masalah ini.

~ Sumbang Mahram

Cara Mengatasi :

  • Ibu bapa mestilah mengehadkan pergaulan anak lelaki dengan anak perempuan.
  • Ibu bapa hendaklah sentiasa memberi pengetahuan kepada anak-anak tentang hubungan kekeluargaaan yang betul.

1 ulasan: