SauDAra SauDAR!

SauDAra SauDAR!

HaVe A nICE dAY...

HaVe A nICE dAY...

Selasa, 26 Januari 2010

KAJIAN MASA DEPAN

Perkembangan pendidikan tinggi di negara kita telah berkembang pesat. Pada masa ini, pelajar yang terdapat di universiti terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Mereka belajar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Ada antaranya pula yang melanjutkan pelajaran dengan biasiswa, perbelanjaan sendiri, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji. Berdasarkan maklumat ini, ramalkan pendidikan tinggi di negara kita pada tahun 2020.


Pada Masa Dahulu (Sebelum 2000)


1. Pelajaran peringkat universiti aliran Inggeris

2. Bilamgan institusi pengajian tinggi tidak banyak.

3. Sistem pelajarannya di sampaikan melalui dewan kuliah.


Pada Masa Sekarang(2001-2019)

1. Pelajaran penngkat universiti dalam aliran Inggeris dan Bahasa Malaysia.
2. Bilangan universiti bertambah.
3. Sistem pelajarannya di sampaikan melalui dewan kuliah juga melalui teknologi komunikasi.

Pada Tahun 2020

1. Pelajaran peringkat universiti dalam pelbagai bahasa.

2. Bilangan universiti semakin bertambah, iaitu IPTA, IPTS dan universiti antarabangsa.

3. Sistem pelajaran boleh disampaikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan mudah serta berkesan dengan menggunakan alat teknologi yang canggih.



Selasa, 19 Januari 2010

KEPENTIKAN PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Kumpulkan keratan akhbar,majalah atau bahan daripada internet tentang usaha-usaha penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang oleh individu-individu yang berjaya.

DATUK NICOL ANN DAVID


Pencapaian: 2006 Kejohanan Asia - Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan 2005 Terbuka Kuala Lumpur Country View - Juara Perseorangan, Terbuka Sheika Al Saad Kuwait - Juara, Terbuka Squash Mamut Dutch - Juara, Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia– Juara, Terbuka Dunlop British - Juara, Terbuka Carol Weymuller – Juara, Kejohanan Dunia - Juara 2004 Terbuka MAS Kuala Lumpur – Peserta Akhir, Terbuka Wanita Malaysia – Peserta Akhir, Kejohanan Shanghai Wispa Worldstar – Peserta Akhir 2003 Kejohanan Dunia – Pemenang pingat perak 2002 Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan, Sukan Komenwel 2002 (Beregu) – Pemenang pingat perak Terbuka Kuwait - Juara perseorangan, Terbuka Belanda – Juara perseorangan, Terbuka Malaysia – Juara perseorangan 2001 Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia – Juara Berkumpulan, Kejohan Remaja Dunia – Juara 2000 Terbuka Finland – Juara Perseorangan, Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara, Finnish Open - Juara
.

TUN SRI DR MAHATHIR MOHAMAD.

Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabiladipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar setelah memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket Perikatan.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai :

  • Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada tahun 1968,
  • Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972,
  • Member of the University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the National University Council pada 1974.
  • Pada 6 Oktober 1974, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Menteri Pelajaran di dalam kabinet Allahyaraham Tun Abdul Razak.
  • Tindakan pertama beliau adalah melaksanakan Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti di bawah Kementerian Pelajaran.
  • Pada bulan Jun 1975, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak.
  • Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 18 Julai 1981.
  • Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

DATUK LEE CHONG WEI

PENCAPAIAN:
2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas

2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura
Juara Komanwel 1998
Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008.
Kejayaannya menyemarakkan arena sukan negara.

ANUGERAH:

Olahragawan Kebangsaan 2005
Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea Beijing 2008.
Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.
Memenangi emas pada Kejohanan Siri Super Terbuka Korea Selatan 2010.
Memenangi emas enam kali berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 2005.

Isnin, 26 Oktober 2009

Kesan Negatif Pergaulan Bebas dan Cara Untuk Mengatasinya.

Pergaulan bebas dalam kalangan remaja semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. Isu ini sering menghiasi dada-dada akhbar. Fenomena yang sudah lama bersarang dalam kehidupan masyarakat ini dapat memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh dan membimbing generasi pada hari ini. Seandainya langkah-langkah yang efektif tidak diambil, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian Malaysia dalam mencapai wawasan 2020.

Kesan Negatif.

~Remaja terdedah kepada penyalahgunaan dadah.

Cara Mengatasi :
  • Ibu bapa hendaklah memantau pergerakan anak-anak dan memberi pengetahuan kepada anak-anak tentang bahayanya dadah.

~Remaja akan terlibat dalam gejala vandalisma.

Cara Mengatasi :

  • Ibu bapa dan para guru disarankan agar memberi pendedahan kepada remaja mengenai impak melakukan perbuatan vandalisma.
  • Para remaja mestilah memilih rakan-rakan yang baik dan berakhlak mulia agar tidak relibat dalam masalah ini.

~ Sumbang Mahram

Cara Mengatasi :

  • Ibu bapa mestilah mengehadkan pergaulan anak lelaki dengan anak perempuan.
  • Ibu bapa hendaklah sentiasa memberi pengetahuan kepada anak-anak tentang hubungan kekeluargaaan yang betul.

Sayangi Harta Benda Awam

Situasi 1

Rakan sekelas anda sedang merosakkan komputer di bilik komputer pada waktu rehat.

Tindakan: Melaporkan kepada guru disiplin dan mencadangkan kepada guru yang menjaga bilik komputer supaya mengawasi pelajar yang menggunakan bilik komputer.

Situasi 2

Rakan anda sedang menconteng dinding tandas sekolah.

Tindakan: Menasihati mereka, sekiranya tidak diendahkan, beri nama mereka kepada guru disiplin serta mencadangkan kepada guru kaunseling supaya memberi kaunseling kepada mereka.

Situasi 3

Rakan anda merosakkan meja dan kerusi sekolah.

Tindakan: Menegur mereka dan memberitahu bahawa perbuatan itu adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya merugikan diri dan pihak sekolah.

Isnin, 19 Oktober 2009

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH SOSIAL DALAM MASYARAKAT

  1. Berdasarkan petikan di atas cuba anda senaraikan masalah-masalah sosial yang kini melanda masyarakat.

Petikan A (m/s 49)

  • melepak
  • menghisap ganja
  • lumba haram
  • mencuri
  • pecah rumah.

Petikan B (m/s 50)

  • terlalu percaya dengan godaaan lelaki sehingga kehilangan harga diri.
  • mencederakan orang

Petikan C (m/s 50)

  • merosakkan telefon awam.

Petikan D

  • menyalahgunakan telefon bimbit
  • menyebarkan fitnah
  • menyampaikan berita palsu.

Petikan E

  • membuli
  • mengherdik
  • memaki
  • mengasari
  • memukul
  • berjudi
  • mengedar dadah dan pil khayal
  • berfoya-foya
  • meragut
  • menagih dadah

2. Bincangkan cara-cara untuk membendung perbuatan jenayah sosial seperti mencuri, membuli, vandalisme, penyalahgunaan teknologi dan sebagainya.

  • mengambil tindakan tegas dan wajar
  • memasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak
  • memberi didikan agama dengan lebah baik
  • mengajar anak-anak muda nilai-nilai murni
  • beri lebih perhatian dan luangkan lebih masa bersama mereka
  • melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab

3. Sebagai pelajar, apakah tindakan yang wajar diambil untuk menangani masalah sosial yang makin menjadi-jadi?

  • melaporkan kepada guru disiplin jika berlaku kes-kes buli disekolah
  • memaklumkan kepada guru disiplin maklumat tentang kegiatan merokok para pelajar
  • menasihati rakan tentang kesan-kesan buruk masalah sosial kepada hidup dalam jangka masa panjang
  • berusaha dan bertekad menjauhi masalah-masalah sosial

Isnin, 12 Oktober 2009

PENGGUNA YANG RASIONAL

CIRI-CIRI PENGGUNA YANG RASIONAL
  • tahu dan menyedari hak sebagai pengguna
  • bertindak secara bijaksana
  • bertanggungjawab
  • mengetahui etika sebagi pengguna dan pengeluar
  • membudayakan standard kepenggunaan.

HAK-HAK SEBAGI PENGGUNA

  • hak untuk mendapatkan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang selesa
  • hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna
  • hak untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi dan tepat supaya pengguna dapat membuat keputusan yang bijak dan rasional
  • hak untuk membuat pilihan daripada pelbagai keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan dengan harga yang berpatutan
  • hak untuk bersuara supaya kepentingan pengguna mendapat perhatian yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan
  • hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi pembelian keluaran yang rosak aatu berbahaya,dan pampasan untuk perkhidmatan yang tidak menepati perjanjian.
  • hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

(sumber:Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna)

Assalamualaikum,....hai...... selamat datang ke blog kumpulan kami...
...^ enjoy visiting us^....
kami berharap kalian mendapat banyak infomasi dari blog kami ini...
...^have a nice day^...